Assalamua'laikum..

Salam Maal Hijrah 1433H. Doa Akhir Tahun & Awal Tahun.

Assalamualaikum. 

Hari bertukar hari. Bulan bertukar bulan. Tahun bertukar tahun. Salam Maal Hijrah 1433H kepada muslim dan muslimah semua. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga tahun baru ini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjadi muslim dan muslimah sejati. InsyaALLAH. 

Jangan lupa baca doa akhir tahun, dan awal tahun ya sahabat-sahabat semua. Moga dirahmati. 

Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (tahun ini hari terakhir jatuh pada hari Sabtu 26 November 2011).



Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua. Dengan membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun".


Doa Awal Tahun
Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib(tarikh/hari yang sama) pada malam 1 Muharam.

Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH mewakilikan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Alhamdulillah. Kita semua masih diberi peluang untuk menutup buku lama (yang sudah setahun penuh catatan) dengan doa akhir tahun. Dan memulakan buku baru dengan doa awal tahun sekali lagi. InsyaALLAH, semoga perjalanan hidup kita semua untuk tahun baru Hijrah ini dipermudahkan Allah. Moga diberkati usia, dimurahkan rezeki, keadaan fizikal, mental dan emosi yang 'sihat' supaya dapat menjalankan tugas sebagai hamba-NYA.

Sebagai hamba-NYA yang lemah, secara peribadi kita juga mengharapkan agar PELANGI sentiasa bersama dalam kehidupan. Walaupun matahari malu-malu dan hujan jarang menyapa. Sekalipun petir dan guruh seakan mengusir pelangi jauh dan jauh. Kita tetap akan berusaha, bertawakal, berdoa dan redha diatas segala takdir yang telah ALLAH tentukan dalam kehidupan. Semoga pelangi tak jemu memancarkan warnanya yang indah.
(^_^) SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM (^_^)

Rahsia Adalah Amanah. Tapi kenapa bagi tahu pada orang lain?


Assalamualaikum.

Sahabat-sahabat semua pernah ada rahsia? Rahsia, yakni perkara yang tidak boleh diberi tahu pada orang lain. Ada? Kalau ada, apa yang akan anda buat? Betul-betul anda merahsiakan dari orang lain? Atau menceritakan pada seseorang dan mengatakan "Ini rahsia, jangan bagi tahu siapa-siapa tau, janji?". Nah, ini lah yang selalu terjadi kan. Rahsia, kalau pun seseorang itu telah berjanji untuk merahsiakan sesuatu perkara, maka, itu adalah AMANAH! Apa itu amanah? Amanah ialah perkara yang diminta untuk dipertanggungjawabkan oleh orang yang menerima amanah. Ini maksud yang ringkas. Kalau nak lebih detail, pergi ke SINI. Sudah faham?

Maksud amanah pada kotak masyarakat sekarang, senang diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang betul, tidak memberikan pada sesiapa kecuali pada yang berhak.

"Tidak sempurna iman, barangsiapa yang tidak amanah. Dan tidak sempurna agama, barangsiapa yang tidak menunaikan janji" (Hadith Riwayat Ahmad)



Banyak kes yang berlaku sekarang. Dimana apabila sesorang itu mempunyai rahsia (samaada rahsia peribadi ataupun bukan), dan menceritakan pada orang lain. Dengan harapan agar orang itu menyimpan rahsia. Tapi malangnya. Orang itu tidak amanah. Dia menceritakan pula kepada orang lain. Dan pasti akan diakhiri dengan ayat ini : "Ni rahsia, jangan bagi tahu pada orang lain tau!"

Rasanya semua orang pernah alami kan? Termasuklah saya. Lagi perit bila kita tau yang rahsia kita pada dia terbongkar. Bermakna dia pecah amanah. Susah sangat ke pegang amanah? Ya, memang susah. Ianya jadi susah pabila kita tidak menganggap bahawa perkara itu bernilai. Maksudnya orang yang pecah rahsia (amanah) itu tidak menganggap benda itu penting pada mereka. Susah la hidup macam ini. Habis tu siapa lagi yang kita nak percaya kalau kita cerita rahsia kita pada kawan baik kita sendiri? Kawan baik kita pula yang menjaja rahsia kita. Eh? Dia boleh di 'cop' kawan baik ke? Semestinya tidak! 


Kita sebolehnya nak simpan rahsia mereka. Tapi mereka? Menganggap rahsia kita hanya debu-debu kotoran. Yang perlu ditiup. Fuh, fuhhhh, fuhhhhh. Maka tersebarlah rahsia kita itu. Pemilihan kawan juga memainkan peranan untuk menyimpan rahsia (amanah) kita. Kalau kawan yang terdekat kita pon tak boleh nak simpan amanah, nak buat apa? Buat apa lagi, jangan cerita rahsia kita pada dia masa akan datang. Tapi lagi elok kalau kita tegur dia. Mana tahu dia tak sedar dia berperangai macam tu (pecah rahsia). Tapi kalau bila kita dah tegur, dia masih pecah rahsia jugak, say goodbye jelah. 

Berdosa kalau kita pecah amanah. Bila seseorang itu bagi anda suatu amanah, bermakna dia percaya pada anda. Kenapa anda nak mengkhianati kepercayaan dia pada anda? Fikir balik. Kalau anda berada ditempat dia. Anda menceritakan rahsia anda pada dia. Tapi last-last, dia bocorkan rahsia anda pada orang lain. Apa perasaan anda? Gembira? Kecewa? Think!

Cukup lah sampai disini. Jumpa lagi lain entry. (^_^)