Assalamua'laikum..

Aku Bercinta Kerana ALLAH



Assalamualaikum.

Kita semua manusia, tak terlepas daripada dugaan hati. Perasaan cinta? Semua pernah merasa. Tapi adakah perasaan cinta yang kita rasa tu, halal disisi Agama? Jangan salahkan perasaan cinta itu. Sebab dengan cinta la, kamu semua ada di dunia ini. Kalau tiada cinta, kusam la dunia, sunyi la jiwa. Cinta itu indah. Jangan rosakkan ia dengan anasir-anasir jahat. Kalau anda sedang dilamun cinta, pasti anda orang yang paling gembira dalam dunia ini. Dan kalau anda sedang dilanda kekecewaan akibat putus cinta, rasa dunia ni gelap gelita. Tiada cahaya kegembiraan yang terbit di wajah anda. Mengapa begitu?

Mereka yang dilamun cinta : 
"Bahagia hidup ini, bila ada orang sayang kita. Rasa diri ini dihargai sangat-sangat. Apa yang kita buat, dia akan ambil tahu. Dia tegur mana salah kita, kita perbaiki. Pucuk pangkalnya memang semua indah la bila kita bercinta."

Ya ALLAH, satukan hati aku dan hatinya..













Tapi, pada mereka yang putus cinta? Apa akan terjadi pada mereka? Bunuh diri kah? Telan racun kah? Buat-buat gembira kah? Atau  terus jadi anti lelaki/perempuan? 

"Kenapa nasib aku selalu malang? Kenapa dia tinggalkan aku? Dia dah tak sayangkan aku ke? Atau dia dah ada pengganti aku? Kenapa ALLAH duga aku macam ni? Tak boleh ke aku hidup bahagia macam orang lain?" 
Berdoa'lah, doa itu senjata orang mu'min..



Banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka yang putus cinta. Kronologi-nya, pabila kita bicarakan tentang cinta, kejadiannya terlalu unik. Sang Hawa yang tercipta daripada tulang rusuk Sang Adam. Rusuk yang bengkok. Hanya orang yang benar sahaja dapat luruskan. Sang Hawa perlukan kasih sayang, bimbingan dan perlindungan. Disebabkan itulah tulang rusuk letak dekat dengan hati Sang Adam. Bukan dikepala, untuk disanjung. Juga bukan dikaki untuk dipijak. Tetapi dekat dihati, untuk disayangi. 

Dalam hidup, pastinya kita ingin disayangi dan menyayangi. Itu fitrah. Jangan salahkan cinta. Kerana cinta itu tidak salah. Memuja cinta itu yang salah. Kerana Cinta Buta, manusia sanggup jual agama, jual maruah. Jika cinta berlandaskan nafsu, maka itulah Cinta Buta.
"Sesungguhnya cinta itu buta. Cinta mampu membutakan mata, mentulikan telinga, dan membisukan kata. Butanya mata hati untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Itulah cinta berdasarkan nafsu, bukan kerana ALLAH."
Sebelum mendekati cinta, cintakan diri anda dahulu. Kaji hakikat kejadian Sang Hawa kepada Sang Adam, dan Sang Adam kepada Sang Hawa. Kaji hakikat sebenar Sang Pencipta. Yang menciptakan anda dengan cinta. Lahirnya anda kedunia ini dengan cinta. Pasti akan mengalir air mata jika kita bercinta kerana ALLAH.

Biar kita bercinta, hingga ke syurga..