Assalamua'laikum..

Khas Untuk Kaum Adam


Assalamua'alaikum.


Wahai Adam. Sememangnya Hawa adalah kaum yang lemah. Kerana emosinya mudah berubah-ubah. Mengikut perasaan, kurang berfikir. Hanya kerana perkara yang menyentuh perasaan. Airmatanya mudah mengalir. Hatinya mudah tersentuh. Jiwanya mudah berkecamuk.

Namun begitu, hatinya mudah dibentuk. Patuh mendengar kata. Disuruh melakukan kebaikan, diikutinya. Diajak ke arah kejahatan, tidak mustahil juga dia menurutinya. Kerana, sesungguhnya iman wanita setipis rambutnya. Mudah putus apabila ditarik. Akan cair apabila dibakar.

Wahai Adam. Bukan sukar untuk membawa Hawa melangkah Jannah. Untuk meniti titianNya. Hanya sepantas kilat atau merangkak-rangkak. Tetapi mungkin juga Hawa tersungkur dari titian. Lantas terdampar di dalam bara apiNya yang membara.

Wahai Adam. Sesungguhnya Hawa tidak memerlukan janji manis. Mahupun harta. Ataupun intan berlian. Hanya yang didambakan adalah bimbingan. Dan kasih yang ikhlas Lillai Ta'ala. Agar dia dapat mengumpul kekuatan dan keseimbangan. Untuk meniti titianNya itu.

Tetapi wahai Adam. Tanyalah dirimu. Apakah kau mampu melaksanakan impian Hawa? Yang tulus lagi suci. Kerana Hawa juga manusia biasa. Yang penuh sifat kasih sayang. Mempunyai naluri untuk dicintai dan disayangi. Oleh insan bernama Adam. Yang juga mencintaiNya setulus hati. Agar dapat dikongsikan rasa cinta itu. Bersama-sama Hawa. Demi mendapat keredhaanNya. Juga nikmatNya yang tiada terhingga.

Wahai Adam. Sedarlah akan tanggungjawabmu. Luaskanlah ilmu untuk mengejar cinta Ilahi nan satu. Memimpin Hawa mencapai memcapai impian itu.

Wahai Adam. Setiap Hawa mempuanyai fitrah dan fikrah yang berbeza. Begitu juga dengan diriku. Yang mempunyai beza hala tuju.

Wahai Adam. Sekiranya benar katamu. Cinta tidak mengenal rupa. Begitu juga bagi diriku. Cinta bagitu hanyalah untuk mendapat keredhaanNya. Dan juga secebis kasih sayang sebagai manusia darimu.

Wahai Adam. Aku bukanlah Rabiatul Adawiyah. Yang gah dengan cinta Ilahi nan satu. Hasratku hanya satu. Agar diriku bertemu denganmu. Seorang insan bernama Adam. Dan secebis kasih yang hakiki. Mendorong keredhaanNya. Yang menjanjikan syurgaNya.

0 comments:

Post a Comment