Assalamua'laikum..

Salam Maal Hijrah 1433H. Doa Akhir Tahun & Awal Tahun.

Assalamualaikum. 

Hari bertukar hari. Bulan bertukar bulan. Tahun bertukar tahun. Salam Maal Hijrah 1433H kepada muslim dan muslimah semua. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga tahun baru ini, menjadikan kita lebih bersemangat untuk menjadi muslim dan muslimah sejati. InsyaALLAH. 

Jangan lupa baca doa akhir tahun, dan awal tahun ya sahabat-sahabat semua. Moga dirahmati. 

Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (tahun ini hari terakhir jatuh pada hari Sabtu 26 November 2011).



Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua. Dengan membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun".


Doa Awal Tahun
Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib(tarikh/hari yang sama) pada malam 1 Muharam.

Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH mewakilikan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Alhamdulillah. Kita semua masih diberi peluang untuk menutup buku lama (yang sudah setahun penuh catatan) dengan doa akhir tahun. Dan memulakan buku baru dengan doa awal tahun sekali lagi. InsyaALLAH, semoga perjalanan hidup kita semua untuk tahun baru Hijrah ini dipermudahkan Allah. Moga diberkati usia, dimurahkan rezeki, keadaan fizikal, mental dan emosi yang 'sihat' supaya dapat menjalankan tugas sebagai hamba-NYA.

Sebagai hamba-NYA yang lemah, secara peribadi kita juga mengharapkan agar PELANGI sentiasa bersama dalam kehidupan. Walaupun matahari malu-malu dan hujan jarang menyapa. Sekalipun petir dan guruh seakan mengusir pelangi jauh dan jauh. Kita tetap akan berusaha, bertawakal, berdoa dan redha diatas segala takdir yang telah ALLAH tentukan dalam kehidupan. Semoga pelangi tak jemu memancarkan warnanya yang indah.
(^_^) SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM (^_^)

8 comments: